NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Jadi Mangsa Pemandu Mabuk, Menteri Masih Tak Peduli?

0

.
Saya amat kesal dengan jawapan "...Kementerian AKAN meneliti dan menjalankan kajian..." oleh Menteri Pengangkutan terhadap soalan saya mengenai hasrat untuk meminda Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan yang menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol supaya dikenakan hukuman yang lebih setimpal.

Sedangkan, setahun lalu, iaitu pada Julai 2018, beliau sendiri sudah pun memberikan komitmen untuk memperketatkan undang-undang berkaitan perkara ini dan menyatakan azam untuk memastikan insiden 4 lelaki maut di Tawau, Sabah akibat dirempuh pemandu maut tidak berulang lagi.

Malangnya, baru Jun lalu berulang lagi insiden seorang wanita maut dan suaminya parah menjadi mangsa kepada pemandu mabuk.

Takkanlah selepas setahun pun cadangan bagi meminda undang-undang ini masih belum dikaji lagi.

Jika benar mahu menangani insiden ini dan sementara undang-undang dipinda, boleh sahaja beliau menyokong atau melakukan inisiatif supaya penjualan arak secara terbuka terutamanya di pasaraya dan kedai runcit seperti 99 Speedmart, 7 Eleven dan KK Super Mart yang mempunyai rangkaian di seluruh negera diharamkan.

Namun, kelihatan YB. Menteri tidak mempunyai kesungguhan dalam perkara ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2615354865141194&id=569086473101387
.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo