NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR Terengganu Perlu Sedar Diri


KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu seharusnya menjadi jaguh dalam isu-isu negeri, bukannya menyibukkan diri dengan urusan parti-parti lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia berikutan tindakan parti tersebut yang mempertikai 'taawun siyasi' (kerjasama politik) PAS dan UMNO dengan mendesak kedua-dua parti menyerahkan kerusi masing-masing, kononnya tanda pembuktian kerjasama yang dijalinkan.

"Sebab apa PKR sibuk dengan urusan parti lain? Pimpinan PAS dan UMNO tahu mengurus strategi dan polisi dalam taawun siyasi ini. PKR urus parti sendiri dulu, biar tersusun dan bersatu padu.

"PKR Terengganu sepatutnya berfikir untuk membawa pembangunan di negeri-negeri pembangkang yang menjadi sebahagian tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Terengganu.

"Mereka sepatutnya sibuk dengan apa idea pimpinan PH Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri ini, khususnya agensi di bawah PH seperti KETENGAH, FELDA dan lain-lain," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan desakan parti berkenaan dalam kerjasama PAS dan UMNO.

"Tolong desak Kerajaan PH supaya tunai janji-janji manifesto bagi menunjukkan keikhlasan dalam janji dan menunaikan amanah.

"PKR Terengganu juga sepatutnya menjadi jaguh untuk menunjukkan keikhlasan memperjuangan kepentingan rakyat dan mendesak Kerajaan Persekutuan membayar hutang-hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri," tambahnya.

Sumber; https://www.teganukita.net/2019/06/pkr-terengganu-perlu-sedar-diri.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo