NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS cadang jawatankuasa khas lantikan jawatan awam Parlimen digantung


oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man
7 Jun 2019

PAS mencadang agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam digantung sehingga Pakatan Harapan menghormati janjinya sendiri

Tidak dapat dinafikan daripada sudut undang-undang, keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed melantik Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu tanpa sebarang perbincangan adalah prerogatif beliau.

Memandangkan nasi sudah menjadi bubur, PAS berharap Pesuruhjaya SPRM yang baru dapat membuktikan kebolehan beliau.

Namun begitu, episod ini juga membuktikan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang ditubuh Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam hanyalah satu jawatankuasa yang tidak berperanan.

Oleh itu, saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Perlantikan Awam Utama mencadangkan agar pengerusi jawatankuasa William Leong Jee Keen menggantung jawatankuasa ini dengan serta-merta memandangkan sekali lagi kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat mengambil serius dan menghormati manifesto dan janji mereka sendiri.

Perlu diingat manifesto PH menyatakan bahawa lantikan awam utama perlu melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Pelantikan Awam Utama dan mereka turut berjanji agar tiada lagi lantikan politik dalam jawatan perkhidmatan awam. Manifesto yang sama turut menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku PM bila tiba waktunya nanti.

Malangnya di dalam episod ini, PH sekali lagi memahat ke sanubari rakyat bahawa janji mereka tidak boleh diambil secara serius.

Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian dan merangkap Timbalan Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo