NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setahun Kerajaan Kelantan : 45 Pencapaian



Ahmad Fahmi Bin Mokhtar
Poster oleh : Aminuddin Adnan

1.Sebagai membuktikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Kerajaan Kelantan melulus peruntukan pembangunan kecil sebanyak RM400,000.00 kepada ADUN pembangkang.

2.Melakukan lawatan dan beberapa kali kunjungan hormat ke Pejabat Perdana Menteri untuk mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

3.Mencatatkan belanjawan surplus dua tahun berturut-turut, 2017 (RM 38.2 Juta) dan 2018 (RM 40.4 Juta).

4.Perlaksanaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Kelantan yang melibatkan 45 orang wakil belia dari setiap DUN.

5.380 guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) menerima tawaran kenaikan skim perkhidmatan iaitu guru ganti ditawar skim perkhidmatan guru elaun dan guru elaun kepada guru sandaran.

6.Melantik seramai 59 orang penghulu dari kalangan bukan Islam diseluruh Kelantan.

7.Menarik balik saman di mahkamah dalam isu Royalti bagi memastikan Kelantan dapat menerima Royalti buat pertama kalinya dalam sejarah. 17 Mei 2019 ini akan berlangsungnya prosiding kes tersebut.

8.Perlancaran kempen Kelantanku Bersih dalam usaha mengoptimakan kebersihan di Kelantan.

9. Penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) yang bertanggungjawab menjadi payung teduhan kepada para usahawan Kelantan.

10.Konvensyen Al-Quran Al-Karim Peringkat Antarabangsa 1440/2019 Syeikhul Qurra’ Profesor Dr. Ahmad Isa Al-Miksarawi antara pengisi utama.

11.Memulakan proses menukar paip lama di seluruh negeri sepanjang kira-kira 3,000 kilometer bermula tahun lalu melibatkan kos RM973 juta, proses ini dijangka mengambil masa 5 tahun.

12.Mesyuarat Majlis Air Negara Bil 1 2019 pada 25 Februari 2019, sungai-sungai di Negeri Kelantan tidak termasuk di dalam 32 sungai tercemar dengan bahan kimia di dalam negara ini.

13.Jawatankuasa Teknologi Hijau telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pelan Induk Pembangunan Mampan Kerajaan Negeri Kelantan bagi memastikan kelestarian pelbagai inisiatif dan projek pembangunan secara menyeluruh di Negeri Kelantan melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar melalui aplikasi teknologi hijau.

14.Kelantan tidak berhasrat menaikkan tarif air walaupun diumumkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli sudah ada 6 buah negeri bersetuju untuk naikkan tarif air.

15.Penganjuran Kelantan Art and Culture Festival (KACF) sebagai platform mempersembahkan seni dan kebudayaan tradisional serta moden di Kelantan.

16.Memperluaskan program Bandar Selamat ke seluruh negeri Kelantan .

17.Melatih 200 orang pengasuh kanak-kanak di rumah dan menyediakan peluang pekerjaan sebagai pengasuh kanak-kanak dengan pendapatan RM1000.00 sebulan.

18.Penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti persembahan makyong yang pernah diharamkan sebelum ini.

19.Memperkasakan integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri melantik bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Dato’ Mohd Samsudin Yusoff sebagai Pegawai Pemantau dan Pelaksana Integriti.

20.Mewujudkan Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) sebagai langkah menghadapi musim kemarau.

21.Mencadangkan Danau Tok Uban seluas 607 hektar akan dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA).

22.Sehingga tahun 2019 Kelantan telah berjaya melahirkan kurang lebih 3500 orang hafiz Al-Quran.

23.Memberikan wifi percuma kepada rakyat, kemudahan ini telah disediakan di 37 pejabat ADUN, 12 sekolah dan 24 masjid dan 10 lokasi di kawasan bandar Kota Bharu.

24.Mengadakan MoIC dengan Telekom Malaysia untuk mewujudkan Green City dan Digital City di Kelantan.

25.Fasa pertama pembinaan lot rumah penduduk yang terbabit dengan Projek Kampung Warisan Pelancongan di Kampung Laut siap sepenuhnya, kini memasuki fasa pembangunan.

26.Memasuki Mabna MBI iaitu Bangunan pentadbiran yang baru setinggi 11 tingkat sebagai mercu tanda Kota Darul Naim.

27.Menggerakkan Kempen Anti Maksiat yang melibatkan penzinaan, dadah, pil kuda, ketum, berdua-dua tanpa hubungan yang sah dan pelbagai kemungkaran lain yang merosakan agama serta masyarakat.

28.Syarat umur Skim Takaful Kifalah diturunkan dari 60 tahun kepada 55 tahun. Skim ini adalah khairat kematian percuma berjumlah RM 1000.00 dari Kerajaan Negeri kepada wasi.

29.Menawarkan perlancongan ilmu (edu-tourisme) melalui sistem pondok yang ada di Kelantan. Melancong sambil mencari ilmu.

30.Menandatangani MOU membangunkan Mukim Labok, Machang termasuk pembinaan Hospital Patuh Syariah yang kedua di Kelantan.

31.Mewujudkan Pusat Belia Kelantan.

32.Melalui Jawatankuasa Pelan Induk Pembangunan Mampan juga akan diwujudkan projek solar farm (ladang solar) di Tanah Merah.

33. Matapelajaran pertanian akan diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di Kelantan melalui program Tunas Tani Al-Falah.

34.Melancarkan Dasar Pendidikan Rabbani sebagai tunjang pendidikan Islam di Kelantan, 
35.Mengadakan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Pendidikan Rabbani (ICIED) 2018 terdapat 107 kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan tersebut.

36.Menyediakan peruntukan sebanyak RM9.5 juta bagi program rumah mampu milik dan sebanyak RM6.4 juta program bantuan rumah dhu’afat.

37.Tahun 2018, Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.4 bilion.

38.Proses perangkaan kertas kerja sedang digiat dilakukan untuk menubuhkan Kolej Kemahiran Wanita Kelantan yang akan melahirkan graduan diploma bidang masakan, jahitan, sulaman dan kraftangan.

39.Kerajaan Kelantan mewartakan 92,697 hektar (228,961 ekar) hutan simpan sebagai kawasan tadahan air baharu, menjadikan keluasan keseluruhan seluas 128,595 hektar (317,629 ekar). Jumlah ini meliputi 20.97 peratus daripada keseluruhan hutan simpan kekal Kelantan.

40.Menyediakan beca bermotor sebanyak 10 buah dan sebuah bas untuk para pelancong melawat tempat bersejarah dalam Bandar Kota Bharu.

41.Menarik penyertaan dari 12 buah negara dalam Pesta Wau Antarabangsa di Kelantan.

42.Peningkatan hasil royalti emas dan hasil mineral tahun 2018 sebanyak lebih kurang RM 14 juta.

43.Membangunkan Tanah Tinggi Lojing dibawah Rancangan Kawasan Khas.

44.Perlaksanaan Dasar Kanak-Kanak Fitrah.

45.Penerusan program-program yang relevan dibawah Kerajaan Negeri sejak 29 tahun seperti bantuan perkahwinan Gerbang Az-Ziwaj, Skim Armalah, Skim Al-It’aam dan sebagainya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo