NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memperingati 71 Tahun Nakbah Palestin!!!


Memperingati 71 Tahun Nakbah Palestin!!!
Apakah itu Hari Nakbah?

Nakbah dalam bahasa arab bermaksud bencana yang amat dahsyat.

Hari Nakbah adalah hari 'bencana' bagi rakyat Palestin sehingga mereka terpaksa lari meninggalkan rumah dan kampung halamannya pada 15 Mei 1948.
______________________________________

Hari ini,15 Mei 2019 genaplah 71 tahun peristiwa Nakbah.Peristiwa ini merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya, mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Sehingga kini dianggarkan 7 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka (tidak pernah pulang).

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah membantu dan memelihara umat Islam dan tanah air umat Islam.

Sumber: https://www.facebook.com/372948932795326/posts/2233390810084453/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo