1. Saya menggesa Kerajaan agar mempertimbangkan semula yuran ujian MUET bagi golongan B40 yang sehingga kini masih membebankan golongan tersebut.
2. Kadar bayaran ujian yang dikenakan adalah sebanyak RM100 setiap pelajar merangkumi RM40 sebagai pendaftaran dan RM60 bagi yuran mata pelajaran.
3. Yuran ini turut berlaku kenaikan yang pada asalnya hanyalah RM60, walaubagaimanapun sejak 2012 yuran ujian ini berlaku kenaikan sehingga RM100.
4. Nilai RM100 ini wajib dibayar oleh semua pelajar dan langsung tidak dikurangkan nilainya samada pelajar dari golongan B40 ataupun tidak.
5. Tambahan pula, sejak tahun 2018, Kerajaan menawarkan Ujian MUET On Demand (MOD) bagi pelajar yang tidak kesempatan menduduki ujian ini dan akan dikenakan yuran sebanyak RM250.
5. Nilai RM100 mungkin rendah bagi pelajar dari golongan berkemampuan namun begitu nilai ini amat besar untuk B40. Jika gagal mengikuti waktu yang ditetapkan mereka juga terpaksa menduduki Ujian MOD yang jelas sekali membebankan pelajar B40.
6. Justeru, Kerajaan digesa agar mempertimbangkan semula kadar bayaran yuran khususnya bagi golongan B40 bagi membantu golongan ini menduduki ujian tersebut.
“Islam Memimpin”
YB Shaharizukirnain Abdul Kadir ialah Ahli Parlimen Setiu
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment