NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara Taliban : Sekali Lagi DAP Cetus Api Permusuhan.

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak sekali lagi kebiadapan pemimpin DAP yang telah menimbulkan api permusuhan kaum dan agama di negara ini.

2. Beberapa hari lalu Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama penyatuan ummah UMNO dan PAS jika berjaya memerintah akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Afghanistan yang diperintah oleh Taliban.

3. Kenyataan biadap Nga Kor Ming disuarakan beberapa hari selepas Lim Guan Eng menyifatkan kerjasama penyatuan ummah UMNO dan PAS umpama pengisytiharan perang terhadap golongan bukan Islam.

4. PAS mengajak seluruh rakyat melihat sikap sebenar DAP yang diselubungi amarah dendam dan benci terhadap penyatuan ummah sehingga sanggup melabelkan pelbagai konotasi negatif untuk menakutkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

5. UMNO dan PAS telah bersetuju untuk bekerjasama untuk melindungi kepentingan umat Islam (protective action) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lalu.

6. Kerjasama ini juga bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia tanpa menzalimi bangsa dan penganut agama yang lain sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Asas kerukunan negara mesti dipelihara supaya negara akan terus membangun dengan stabil, aman dan harmoni.

8. Namun, sikap DAP yang anti kepada penyatuan umat Islam adalah biadap dan keterlaluan. Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming boleh hadir ke Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang untuk meninjau kehidupan masyarakat di negeri yang diperintah oleh PAS dan UMNO.

9. Malah, ketika PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008 hingga 2018, PAS tidak sekali-kali menzalimi kepentingan agama dan kaum lain.

Islam Memimpin

Sekian.

Nasrudin bin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo