NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salah Pertahan Anugerah Pemain Terbaik Afrika


DAKAR – Mohamed Salah melengkapkan hari indah buat bola sepak Mesir apabila mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika di Senegal, awal pagi tadi.

Bintang Liverpool berusia 26 tahun itu menewaskan dua finalis iaitu rakan sepasukan, Sadio Mane dari Senegal serta penyerang Arsenal dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang.

“Saya mempunyai impian untuk memenangi anugerah ini sejak zaman kanak-kanak dan sekarang saya sudah memenanginya sebanyak dua kali.

“Terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan dan penyokong. Saya dedikasikan trofi ini kepada negara kelahiran saya, Mesir,”katanya.

Ia detik bersejarah tahun lalu apabila Salah muncul pemain kedua Mesir selepas Mahmoud al Khatib pada 1983 memenangi anugerah itu.

Salah sujud syukur

Sebelum majlis anugerah itu, Mesir mengatasi Afrika Selatan 16-1 dalam undian jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) di Dakar untuk menentukan negara yang berhak menggantikan Cameroon selaku tuan rumah Piala Negara Afrika 2019.

Persediaan yang tertangguh serta kebimbangan mengenai tahap keselamatan menyaksikan negara Afrika Tengah itu terpaksa digantikan untuk menjadi tuan rumah. Mereka akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2021.

Ketika Mesir memperoleh margin 15 undian yang di luar jangkaan, kejayaan Salah sudah dijangka selepas dia kerap menjaringkan gol untuk pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Salah menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim lalu dan sudah meledak 13 gol setakat musim ini di saingan liga. – AFP



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo