NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rejim Zionis bedil Gaza


GAZA, 1 Jamadilawal 1440H, Isnin – Tentera rejim pengganas Israel melakukan serangan udara di beberapa kawasan di sekitar Semenanjung Gaza, malam tadi, lapor media Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan pesawat tentera rejim Zionis melepaskan dua peluru berpandu di Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Rejim Israel mendakwa mereka menyerang kedudukan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai tidak balas serangan roket di Ashkelon di selatan Israel.

Pesawat dan helikopter tempur kemudian menyerang kawasan yang dipercayai kem tentera Hamas di Semenanjung Gaza, kata kenyataan rejim itu.

"Awal hari ini, peranti letupan diikat pada sejumlah belon dilepaskan daripada sebuah kapal terbang kecil kawalan jauh dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel," kata rejim itu.

Sumber Hamas pula berkata, serangan rejim Israel mengenai pusat pemerhati sayap tentera Hamas di timur Khan Younis dan di timur Semenanjung Gaza.

Katanya, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Kawasan sempadan Semenanjung Gaza dan Israel sejak seminggu ini agak tenang selepas rejim Tel Aviv membenarkan Qatar menghantar minyak dan wang bernilai berbilion-bilion ringgit kepada penduduk di wilayah terkepung itu.

Sejak Mac tahun lalu, rakyat Palestin melancarkan demonstrasi 'The Great March of Return' di pagar sempadan Gaza-Israel, mendesak mereka dibenarkan kembali ke kampung halaman yang dirampas, dan menghentikan kepungan ke atas semenanjung itu sejak 11 tahun lalu.

Sejak tunjuk perasaan itu bermula, sekurang-kurangnya 240 warga Palestin terbunuh, kebanyakannya akibat tembakan. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/01/07/rejim-zionis-bedil-gaza/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo