NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan biar warga Felda merempat di bumi sendiri'


NORAWAZNI YUSOF
10 DISEMBER 2018

KUANTAN – NGO Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) akan menyerahkan satu memorandum kepada menteri dan pihak Felda bagi menuntut kerajaan PH segera menyelesaikan kemelut yang dihadapi warga Felda.

Presidennya, Roslan Md Esa berkata, penyerahan memorandum itu akan dibuat pada sidang Parlimen esok.

Menurutnya, penyerahan berkenaan akan disertai Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kami harapkan memorandum ini nanti menjadi salah satu solusi kepada Felda dalam menyelesaikan kemelut warga Felda. Jangan biar mereka (warga Felda) merempat di bumi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau berkata, sehingga kini kerajaan gagal melaksanakan agenda perubahan dan warga Felda terus dihimpit kedukaan berikutan harga sawit dan getah turun mendadak.

Jelasnya, akibat itu, kehidupan mereka sudah berubah apabila hasil pertanian yang diusahakan langsung tidak setimpal dengan keringat dan pengorbanan yang dilakukan.

“Janji PH sebelum pilihan raya adalah mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi warga Felda... tapi nampaknya hanya tinggal janji. Malah peneroka merempat di bumi sendiri.

“Pengurusan Felda di peringkat tertinggi termasuk menteri dan timbalan yang menjaga hal ehwalnya dilihat "kaku" dengan semua yang berlaku depan mata, seterusnya diam membisu,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jangan-biar-warga-felda-merempat-di-bumi-sendiri-1.913851







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo