NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Oktoberfest: Kenapa Mujahid diam




Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Safar 1440H, Khamis – Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa yang terlalu sibuk membincangkan isu-isu teknikal berbanding bersikap tegas terhadap aktiviti maksiat, dibimbangi akan meleburkan identiti negara.

Menyelar sikap Mujahid itu, Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dibuat oleh menteri agama Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, berhubung penganjuran pesta arak, Oktoberfest yang dijadualkan hari ini.

Beliau kesal apabila Mujahid lebih menumpukan perhatian kepada perkara teknikal berkenaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan maksiat, berbanding bersuara dan bertindak tegas ke atas aktiviti seumpama itu.

"Bahkan Menteri Wilayah juga dilihat memberi ruang pesta arak tersebut berlangsung, sedangkan ia amatlah bertentangan dengan budaya dan pegangan rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

"Tindakan Mujahid bakal meletakkan Malaysia dalam peleburan identiti, sekiranya beliau terus menyibukkan diri membincangkan isu-isu teknikal yang sepatutnya sudah selesai, berbanding mengeluarkan kenyataan tegas yang mendidik masyarakat perihal ancaman terhadap jati diri dan identiti mereka," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.


Selasa lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membenarkan penganjuran Oktoberfest, tetapi perlu membuat permohonan permit dan mematuhi syarat yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, pesta arak telah diadakan pertama kalinya pada tahun 2012 – sebagai merayakan pembuatan beer di Malaysia. Ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih kurang hanya 200 orang pengunjung.

Pada tahun 2016, pesta ini diadakan di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dihadiri oleh 3,500 orang.

Pada tahun lepas pula, Better Beer Festival yang dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd yang mana acara utamanya ialah untuk merasai produk pengeluar bir bebas.

Difahamkan, pesta arak kali ini adalah adalah tahun ketujuh ia diadakan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/10/11/oktoberfest-kenapa-mujahid-diam/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo