NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suara Islam dan Pembangkang Sangat Signifikan di Selangor


Suara Islam dan Pembangkang Sangat Signifikan di Selangor

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim 

1. Pilihanraya kecil N32 Seri Setia dan N27 Balakong yang berlangsung secara serentak pada kali ini amat menarik bagi perhatian pelbagai pihak. 

2. Ini kerana pilihanraya kecil ini berlaku sejurus sahaja selesai pilihanraya umum ke 14 kurang lebih 100 hari sahaja. 

3. Ia menyaksikan negara berubah tangan daripada UMNO BN kepada PH di peringkat persekutuan selain beberapa negeri. Pada masa yang sama,  PAS dan UMNO juga memerintah di Kelantan,  Terengganu, Perlis dan Pahang.

4. Selangor secara khusus diperintah oleh PH, terdapat 5 orang ADUN pembangkang yang seorang daripadanya adalah PAS dan yang lainnya adalah BN. 

5. 5 orang ADUN pembangkang di Selangor sudah tentu amat kecil dari sudut bilangannya berbanding dengan seluruh ADUN PH seramai 51 orang yang menguasai kerajaan negeri Selangor dan Dewan Undangan Negeri. 

6. Namun, seorang ADUN pembangkang sahaja sekalipun sebenarnya sangat penting dan sangat mustahak sekiranya dia berjaya memainkan peranan yang efektif dan proaktif dalam Dewan Undangan Negeri ketika menyampaikan suara rakyat dan menjadi lidah rasmi serta mata telinga kepada rakyat terhadap apa dilakukan atau bakal dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor.

7. Kemenangan pembangkang PAS dan MCA di Seri Setia dan Balakong akan memberi impak yang cukup besar dan signifikan kepada pola dan corak politik di Selangor dalam memastikan agar negeri Selangor dipandu dan dibawa ke arah jalan yang benar dan berintergriti.

8. ADUN Pembangkang bakal menjadi Penyemak dan Pengimbang yang akan memantau dan memerhatikan secara dekat tindak tanduk kerajaan negeri sekaligus ia memberi kesan kepada kebaikan rakyat Selangor secara langsung dan pemerintah kerajaan negeri sudah tentu tidak berani mengurus negeri dengan sewenang-wenangnya.

9. Tambahanlagi, kehadiran ADUN PAS sebagai pembangkang bukan sekadar mampu bersuara sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri, malah PAS mampu bersuara dalam aspek urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam konteks ajaran Islam. 

10. Suara pemimpin, ahli parlimen dan ADUN PAS sebelum ini memang sudah dikenali amat lantang dalam membangkitkan dan memperjuangkan kepentingan Islam dan hak Islam dan ajarannya di semua peringkat. 

11. ADUN PAS boleh diberi tanggungjawab dan diharap untuk membawa isu kepentingan agama dan ajaran Islam serta umatnya samada dari segi moral dan hukum hakam. 

12. Terutamanya di Selangor ini, isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan Islam seringkali berlaku di Selangor dan menjadi tempat tumpuan dalam negara, maka ADUN pembangkang khasnya daripada PAS mampu memainkan peranan sebaiknya untuk menjadi wakil kepada kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya. Sebagai contoh Selangor adalah negeri paling kaya di negara ini, sudah tentu ia menjadi lubuk emas bagi sesetengah ahli politik yang berkepentingan kebendaan untuk merebut habuan loba kekayaan daripada menjadi pemegang amanah rakyat. 

13. Kekhuatiran sikap loba ahli politik kebendaan ini akan dipantau dan disemak secara telus dan proaktif oleh ADUN PAS selaku sebahagian pembangkang agar salahlaku ini tidak mengambil tempat secara rakus di Selangor. 

14. ADUN PAS secara intergiriti dan bersih daripada korupsi adalah diakui oleh pelbagai pihak lawan mahupun kawan, sudah tentu mampu menjadi teladan dan disegani oleh pihak kerajaan negeri yang mentadbir negeri Selangor. 

15. Ayuh, para pengundi Seri Setia, berikan sokongan undi kepada calon PAS Dr Hajjah Halimah Ali sebagai ADUN mewakili rakyat di Seri Setia dan di Selangor amnya. 

Dr Hajjah Halimah Ali adalah wakil dan suara anda di DUN Selangor. 


"Sejahtera bersama Islam"


Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=228547414508714&id=212431086120347

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo