NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SST 2.0: PAS senarai tiga kelemahan, ulangi kelemahan lama pelaksanaan percukaian


Tindakan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST 2.0) tidak akan menyelesaikan isu asas yang membelenggu rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata,ini kerana sekiranya SST 2.0 dilaksanakan kerajaan mengambil tindakan campur tangan dalam pasaran melalui cukai, maka rakyat akan terus terbeban.

"Kelemahan pertama yang akan berlaku adalah percukaian berganda yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna seperti kenaan berganda cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekaligus.

"Kelemahan kedua ialah ketidaktelusan yang boleh dimanipulasi di peringkat pengilang kemudian akan dibebankan kepada rakyat.

"Kelemahan ketiga SST 2.0 yang dikenakan kepada barang dan perkhidmatan bercukai dilihat lebih mahal berbanding GST," terangnya," ujarnya.

SST 2.0 tidak menjadikan PH berbeza dengan rejim pemerintahan BN sebelumnya.

"Pelaksanaan dua percukaian oleh BN iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak menepati prinsip percukaian telah membebankan rakyat sebagai pengguna akhir sesuatu barang atau perkhidmatan.

"Campur tangan kerajaan dalam setiap urusniaga antara penjual dan pembeli melalui cukai akan meningkatkan harga dan seterusnya membebankan hidup rakyat.

"Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada SST dianggarkan sekitar RM4bilion sahaja.

"Secara tidak langsung, jika tidak ada kehendak politik untuk menghapuskan pembaziran, rasuah dan menyusun prioriti perbelanjaan, tidak mustahil kerajaan akan membebankan rakyat dengan mekanisme lain seperti kenaikan cukai pendapatan dan korporat ataupun kenaikan cukai tidak langsung seperti cukai eksais dan duti import," dakwanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo