NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mnangagwa Sah Presiden Zimbabwe


HARARE: Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, yang juga bekas sekutu Robet Mugabe diisytiharkan memenangi pilihan raya negara itu, selepas keputusan rasmi diperoleh awal pagi tadi.

Mnangagwa memperoleh 50.8 peratus undi, mendahului jumlah undi 44.3 peratus yang dimiliki parti MDC, pimpinan Nelson Chamisa.

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe mengumumkan Mnangagwa sebagai pemenang.

Bagaimanapun, keputusan itu dicemari dengan tuduhan pembangkang bahawa berlaku penipuan hingga memaksa pasukan keselamatan mengawal keadaan bagi menghalang tunjuk perasaan.

Terdahulu, jurucakap parti pembangkang MDC, Morgan Komichi mendakwa keputusan pilihan raya yang memihak kepada Mnangagwa adalah 'tidak sah'.

"Kami belum mengesahkan keputusan yang diumumkan...jadi keputusan itu adalah tidak sah," kata Komichi sebelum beliau dihalang daripada berucap ketika pengumuman rasmi keputusan pilihan raya diumumkan di sini. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo