NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Bantah Caj Perundingan Kesihatan Naik 300%!" - Pemuda PAS


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
28 Ogos 2018 | 16 Zulhijjah 1439

"BANTAH CAJ PERUNDINGAN KESIHATAN NAIK 300%!"

1.     Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk menetapkan harga siling bagi kadar caj perundingan kesihatan di hospital dan klinik swasta di seluruh negara sehingga RM125. Cadangan kenaikan tersebut yang dijangka bermula pada tahun 2019 ini sangat keterlaluan. Mengapa perlu naik sehingga 300 peratus? 

2.     Caj dikenakan sebelum ini berpatutan iaitu sekitar RM30 sahaja. Sekiranya Kementerian Kesihatan bersetuju dengan cadangan ini, maka kadar caj tersebut merupakan antara tertinggi di Asia. Ironinya, walaupun hospital swasta tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 2018 (hanya wad dan makanan sahaja), tetapi cadangan ini akan meningkatkan kos perubatan terhadap rakyat. 

3.     Sepatutnya, Kementerian Kesihatan memikirkan kebajikan rakyat dengan membendung kos rawatan yang terlalu tinggi di semua klinik dan hospital swasta termasuk harga ubat-ubatan. Kerana menurut Bank Negara Malaysia, kadar inflasi kos perubatan di negara ini berada pada paras 12 peratus. 

4.     Berdasarkan kajian dilakukan oleh Marsh Insurance Broker, Malaysia mengalami kadar inflasi perubatan ketiga tertinggi dalam kalangan 11 negara Asia selepas India (14%) dan Indonesia (13.1%). Tambahan cadangan ini seiring langkah Kementerian Kesihatanmemperkenalkan skim insurans kesihatan sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah (B40) tahun hadapan. 

5.     Walaupun, ia masih di peringkat perancangan, namun ia seolah-olah menggambarkan kerajaan secara beransur semakin mengurangkan subsidi di sektor kesihatan. Hal ini bermakna, tekanan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40 semakin tinggi sekarang. PH bukan kerajaan kebajikan rakyat secara umum, sebaliknya pro kumpulan bisnes.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo