NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Leka Kes Libatkan Najib Sehingga Terlupa Kes Rasuah Guan Eng


4 July 2018 - Rabu: Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Mejar Huan Cheng Guan berkata, rakyat jangan terlalu leka dengan kes mahkamah yang melibatkan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sehingga terlupa kes mahkamah yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Jelas beliau, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan yang selama ini memperjuangkan ‘Rule Of Low’ nampaknya kini hanya mengamalkan keadilan berat sebelah, maka tidak mustahil sekiranya kes pembelian baglo murah Guan Eng akan digugurkan.

“Kerajaan baru ini, macam-macam boleh jadi. Peguam Guan Eng sudah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapinya. “’Rule Of Low’ yang mereka perjuangkan kini sudah jadi ‘Rule Of Jungle’.

Lihat sahaja apa yang sudah jadi dengan kes yang melibatkan Rafizi Ramli… Dia hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bagi kesalahan mendedahkan satu muka surat laporan audit 1MDB.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo