NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP : 12 pimpinan dalam Kabinet Harapan


Barisan kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan menyaksikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri dilatik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah di Istana Negara pagi tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jawatan Menteri seramai 26 orang manakala 23 pula bagi jawatan Timbalan Menteri.

Daripada jumlah tersebut, Ahli Parlimen DAP mengisi sebanyak 12 jawatan melibatkan enam Menteri dan enam Timbalan Menteri.

Berikut adalah senarai Ahli Parlimen DAP yang berada dalam Kabinet:

Menteri
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan)
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong)
Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
Menteri Industri Utama: Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam)
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi)

Anthony Loke dilantik Ketua Parlimen DAP baru

Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah memutuskan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai Ketua Parlimen DAP bagi penggal ke-14 Dewan Rakyat menggantikan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Seremban yang juga memegang portfolio sebagai Menteri Pengangkutan itu dilantik memandangkan beliau merupakan salah seorang pemimpin kanan parti.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo