NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik Persepsi, Manifesto Janji.



Oleh: Idris Hj Ahmad
10/6/18

Politik kita boleh cipta persepsi terhadap lawan sehingga orang percaya terhadap apa yang kita bina selama ini. Manifesto adalah azam dan tekad untuk dilaksanakan kalau diberi kemenangan.

Pengundi akan tertarik dengan apa yang kita janjikan semasa pilihanraya. Minda mereka tertarik untuk menyokong mana-mana parti dan calon yang mereka harap dapat memberi satu impian yang menarik kepada mereka jika parti yang mereka sokong.

Kita boleh memberi berbagai alasan untuk tidak tunaikan manifesto kita. Benarlah, bercakap lebih mudah daripada membuat. Ada juga di dalam pemikiran, tidak apa kita tidak tunaikan sekarang, kerana PRU lambat lagi. Dekat pilihanraya kita tabur dedak, nestum maka rakyat tidak marahlah kepada kita. Mungkin anggapan melayu mudah lupa.


Oleh itu kita jangan hampakan pengundi dan jangan kianat janji kita. Lembu diikat dengan tali, pengundi diikat dengan janji. Sekian harap maklum.


Idris Hj Ahmad adalah Naib Presiden PAS 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo