NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH diingatkan bahawa menipu rakyat adalah satu perbuatan yang haram.


Mutakhir ini kita telah melihat satu perkembangan luar biasa telah berlaku di Malaysia sebaik shj PH berjaya menawan Putrajaya & membentuk kerajaan Persekutuan..

Antara yang jelas seperti di bawah:

1. Pengekalan harga petrol.
Sebelum PRU14, PH mencanang 1 Malaysia bahawa akan menurunkan harga petrol kerana setiap kali kenaikan harga petroleum dunia akan memberi keuntungan berbilion kpd Malaysia sbg pengeluar petroleum.

Namun, apabila PH menang, harga petrol 95 kekal pada paras RM 2.20 seliter, & Disel RM 2.18 seliter. Namun harga petrol 97 sahaja diapungkan.


Kenyataan Azmin menyebut bahawa kerajaan prihatin & tidak mahu membebankan rakyat maka harga petrol kekal RM 2.20

Ini bukti jelas PEMBOHONGAN kepada rakyat kerana janji PH adalah MENURUNKAN HARGA PETROL.. bukan mengekalkan..

2. Melihat dari sudut hutang negara, satu KECELARUAN YANG ANEH berlaku apabila dakwan 1 Trilion tiba-tiba diubah menjadi 686 Bilion shj tanpa meninggalkan fakta tambahan kpd jumlah baki dr 1trilion adalah hutang jaminan kerajaan.. kelihatan manipulasi yg amat aneh dimainkan oleh kerajaan Malaysia..


3. Janji menangguhkan bayaran PTPTN juga TELAH DITANGGUHKAN apabila YB menteri Pendidikan menyatakan bahawa pembayaran hutang PTPTN akan diteruskan.. mungkin makan masa yg amat panjang untuk menangguhkan bayaran balik hutang PTPTN bg yang bergaji bawah rm4000..

4. Penghapusan tol juga DIMANIPULASIKAN apabila kononnya wujud konsesi tol yg dihapuskan oleh Kerajaan.. namun terbongkar kisah sebenar bahawa kerajaan yg lepas tidak menyambung konsesi tok berkenaan..

5. Terkini Kerajaan mengumumkan bahawa janji manifesto PH ditangguhkan sehingga kewangan negara stabil.. adakah kenyataan penangguhan ini juga satu MANIPULASI??

6. Terkini Dr. MAZA mendakwa bahawa haram menipu pengundi.. ini jelas ditujukan kepada pemimpin yg berjanji tetapi tidak menunaikan janji2 mereka sendiri..

Mungkin bkn menipu.. cuma MEMANIPULASI shj..


#Marratan_Ukhra

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo