NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Terengganu sokong World #QuranHour





Jom seluruh rakyat Terengganu bersama-sama kita semarakkan gelombang Al-Quran dengan berinteraksi bersama Al-Quran selama 1 jam pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang.

Cara sertai World #QuranHour

Kempen World #QuranHour mahu mewujudkan satu gelombang kebangkitan ummah akan berlangsung pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan 1439H dari Malaysia ke seluruh dunia bermula jam 12 tengahari hingga 1 petang.
Kepada semua yang ingin bersama, boleh buka Surah Al-Hujurat, ikuti live di Astro Oasis atau pilih perkara berikut:

1. Datang ke Lokasi Perdana di UIAM Gombak atau bersama di lokasi utama setiap negeri (check FB: World #QuranHour) ATAU

2. Buat di lokasi masing-masing, dipejabat atau rumah ATAU

3. Berhenti sekejap sekiranya dalam perjalanan

Gerakkan gelombang 1 jam berinteraksi dengan Al-Quran di seluruh dunia.

Hantar gambar ke media sosial dan taip: World #QuranHour.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo