NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iraq Tanam 70,000 Pokok Kurma



KERBALA – Iraq bakal menanam 70,000 pokok kurma di selatan Baghdad, dengan harapan memulihkan semula tanaman terkenal di seluruh Asia Barat itu.

Satu ketika dulu, negara itu pernah menghasilkan tiga perempat pengeluaran kurma dunia namun kini hanya mengeluarkan lima peratus tanaman itu selepas fokus ekonominya bertukar kepada minyak dan selepas berdekad konflik memusnahkan kebanyakan ladangnya.

Disokong pinjaman negara bernilai 10 bilion dinar (RM33.93 juta), sebuah yayasan Syiah menanam 16,000 pokok itu di luar bandar suci di sini, terletak 90 kilometer di selatan Baghdad.

Ia adalah projek pertanian terbesar disokong kerajaan untuk tanaman sejak pencerobohan Amerika Syarikat (AS) menggulingkan Saddam Hussein pada 2003.

“Kami merancang memiliki lebih 70,000 pokok kurma di masa depan.

“Dengan saiz sebesar 200 hektar, saya fikir ia adalah projek terbesar setakat ini di Iraq,” kata pengurus projek, Faiz Eissa Abu Maali menambah sesetengah jenis kurma diimport dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Projek itu, dilancarkan pada 2015, juga merancang melindungi sesetengah jenis kurma jarang ditemui di Iraq.

“Iraq sentiasa terkenal dengan kurma dan kualitinya,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo