NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hampir 5,000 keluarga Yaman dipindahkan - PBB





GENEVA, 4 Syawal 1439H, Isnin – Hampir 5,000 keluarga telah dipindahkan dari wilayah Hudaydah, Yaman berikutan konflik yang berlaku sejak 13 Jun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu kenyataan, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan berkata, 4,458 keluarga telah dipindahkan dari kediaman mereka di Hudaydah sejak 1 Jun.

Sekurang-kurangnya 36 keluarga dilaporkan kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian selepas ladang dan tanaman mereka musnah akibat serangan udara yang dilancarkan Arab Saudi dan sekutunya, awal bulan ini.

Sementara itu, agensi berita Saba melaporkan pesawat milik gabungan Arab Saudi telah melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas Hudaydah ketika militan Hadi melancarkan serangan darat di sebuah bandar pelabuhan.

Portal tempatan turut mendakwa, pesawat Arab Saudi turut membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Hudaydah, dengan melancarkan sekurang-kurangnya 20 serangan udara semalam.- Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/06/18/hampir-5000-keluarga-yaman-dipindahkan-pbb/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo