NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank Rakyat : Bekas pengarah urusan bebas tuduhan pecah amanah


Hakim Mahkamah Sesyen Madihah Harullah melepas dan membebaskan Datuk Mustafha Abd Razak dan Tan Sri Abdul Aziz Zainal atas pertuduhan pecah amanah.Satu representasi daripada peguam diterima pada 1 Jun lepas dan setelah menimbang fakta dan alasan dikemukakan, pihak pendakwaan bersetuju menarik pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah urusan Bank Rakyat dan pengerusi bank itu hari ini bebas tuduhan pecah amanah dan bersubahat pecah amanah membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran kira-kira RM15 juta, selepas pertuduhan terhadap mereka digugurkan.


Hakim Mahkamah Sesyen Madihah Harullah melepas dan membebaskan Datuk Mustafha Abd Razak, 50, dan Tan Sri Abdul Aziz Zainal, 67, atas pertuduhan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Afzainizam Abd Aziz memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi dikemukakan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas mereka.

"Terdapat perkembangan baru, pihak kami menerima representasi daripada peguam pada 1 Jun lepas, setelah menimbang fakta dan alasan dikemukakan, pihak pendakwaan bersetuju menarik pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh," katanya pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan RM400,000 bagi setiap tertuduh dan pasport kedua-dua tertuduh dikembalikan kepada mereka.


Pada 7 September, 2016, Mustafha mengaku tidak bersalah di mahkamah itu atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14,991,283.20 yang diamanahkan kepada beliau.

Abdul Aziz yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Ke-16 turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Mustafha melakukan kesalahan yang sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat, No 33 Jalan Travers di sini pada 11 Mac 2016.

Mustafha dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala Abdul Aziz mengikut Sesyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 409 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Aziz diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Mustafha diwakili peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mustafha dan Abdul Aziz melahirkan rasa syukur dan gembira atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia menebus maruah mereka dan keluarga.

"Kebenaran menjadi kenyataan, itu paling penting, kerana ini soal integriti, soal maruah. Apabila kita dapat menebus maruah kita, maruah isteri, anak dan keluarga kami… Allah yang menentukan akhirnya, kami tidak bersalah," kata Abdul Aziz.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo