NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bailout' : Apa Yang Guan Eng Cuba 'Pusing' - Dr Fuad



Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Sejak menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menjadikan media sebagai Mahkamah.
Berbagai isu didedahkan di media dan objektifnya adalah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman.

Satu lagi objektifnya ialah untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak mempersoalkan perlantikan kontroversi beliau sebagai Menteri Kewangan kerana terpalit dengan kes rasuah yang dalam proses perbicaraan di Mahkamah.

Bermula daripada isu hutang negara, Lim Guan Eng menuduh kononnya kerajaan BN telah membelanjakan hampir RM7 Bilion untuk "bailout" syarikat 1MDB. Soal dasar dan soal janji Kerajaan PH langsung tidak dihuraikan.

Lim Guan Eng tidak dapat membezakan lagak seorang 'street fighter' dan seorang Menteri. Apakah dia tidak sabar untuk membalas dendam? Atau dipengaruhi oleh Tony Pua Pegawai Khas beliau di MOF. Tony Pua adalah anggota PAC. Dia banyak mengeksploitasi isu 1MDB. Sebab itu wujud percanggahan dari awal lagi antara beliau dengan seorang lagi bekas ahli PAC daripada DAP iaitu Dr Tan Seng Giaw. Besar kemungkinan Tony Pua yang menasihatkan dan memberi fakta mengelirukan kepada Lim Guan Eng untuk diguna pakai dalam setiap sidang akhbar beliau sebagai Menteri Kewangan.

Sedangkan, PAC yang mencadangkan supaya semua aset hartanah 1MDB yang bernilai tinggi dan strategik dipindahkan kepada syarikat milik MOF Incorporation. Maka apakah salah MOF membayar hutang 1MDB sebagai balasan kerana mengambil alih aset aset hartanah tersebut? Dan mengikut nilaian semasa, harga tanah tersebut ialah RM30 Bilion.

Kalau PAC tidak mencadangkan aset itu diambil alih oleh Kementerian Kewangan, sebenarnya 1MDB masih mampu membangunkan sendiri hartanah tersebut dan membayar hutangnya. Semua pihak tahu perkara itu dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang yang dibenarkan. Maka tidak timbul ia adalah bailout sebagaimana Tun Mahathir bailout syarikat perkapalan anaknya melalui "Danaharta". Semua orang termasuk Lim Guan Eng dan ayahnya tahu perkara tersebut.

Apa kerajaan dapat bila syarikat perkapalan milik Mirzan di "bailout"? Tidak ada apa pun. Satu aset pun tidak dapat. Sedangkan dalam kes 1MDB, meskipun MOF Inc mengambil alih semua aset, tetapi hutang dan liabiliti 1MDB tetap kekal dengan syarikat 1MDB.

Semuanya mengikut "Rule of law". Apakah perlantikan Lim Guan Eng mengikut "Rule of Law"?


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo