NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

50 peratus pekerja Utusan Melayu bakal terima VSS




PETALING JAYA - Utusan Melayu Bhd (UMMB) dijangka melaksanakan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) pada tahun ini melibatkan paling kurang 50 peratus daripada 1,400 kakitangan semua peringkat dalam langkah penstrukturan semula syarikat dan pengurangan kos secara menyeluruh.

Pengarah Urusan Kumpulan UMMB, Datuk Mohd Noordin Abbas berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penstrukturan semula syarikat, tetapi perlu mendapat kelulusan lembaga pengarah terlebih dahulu.

"Kita jangka langkah VSS ini akan dibuat tidak lama lagi, tetapi bergantung kepada kelulusan lembaga pengarah. Ini kerana UMMB tidak boleh beroperasi dengan jumlah pekerja yang ramai, " katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Dalam masa sama, kita juga perlu laksanakan langkah-langkah pengurangan kos secara menyeluruh bagi mengelakkan kerugian antara RM7.5 hingga RM8 juta setiap bulan. Dengan pendekatan ini, kita akan bina semula syarikat menghadapi cabaran dalam industri media," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju syarikat, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak pula berkata, kumpulan akan memberi penekanan kepada segmen digital dan memperkasakan edisi cetak memandangkan kedua-duanya adalah aktiviti pemangkin kepada syarikat.

Katanya, dengan perubahan landskap politik ketika ini, masih wujud potensi kepada syarikat untuk meningkatkan edaran dan pembaca.

"Kita menghormati keputusan PRU14, dan sudah tentu kita akan memberi laporan seluas mungkin kepada kerajaan baharu atas nama nation building atau pembinaan negara kerana ini adalah tanggungjawab kita.

"Cuma cabaran kini adalah untuk memainkan peranan kepada golongan pembaca setia, menarik lebih ramai pembaca muda dan pada masa sama menjaga kepentingan pihak-pihak berkepentingan seperti pemegang saham utama," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo