NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Kerajaan PAS tunai janji Manifesto


Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal. “Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu yang baharu mengambil-alih pentadbirannya telah menunaikan beberapa janji awal manifesto Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tiga janji manifesto awal PRU14 lalu mula ditunaikan.

Katanya, antara janji manifesto PAS pada kempen PRU14 jika Terengganu berjaya diperintah akan menangguhkan bayaran pinjaman Yayasan Terengganu.

“Janji Manifesto PRU14 kita (PAS) baru-baru ini. Jika PAS berjaya perintah Terengganu. Kita akan tangguhkan bayaran balik untuk pinjaman Yayasan Terengganu (YT) selama dua bulan iaitu Jun dan Julai 2018, sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita (kerajaan) tangguh bayaran sempena bulan Ramadan dan Syawal untuk keselesaan rakyat, bayaran tetap dikenakan selepas itu,” jelasnya kepada media.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Besar Terengganu selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Selain itu, katanya janji manifesto mengenai Karnival Kahwin kali pertama percuma setiap Dun (Dewan Undangan Negeri) akan dilaksanakan pada bulan Jun depan.

“Karnival Kahwin, pakej pertama pada bulan Jun 2018 ini. Kita (kerajaan) buat di peringkat 32 Dun.

“Peserta baharu, kita buka semula pendaftarannya sekarang untuk pakej kedua bulan November 2018, akhir tahun ini. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Khidmat Dun masing-masing atau di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK),” ujarnya.

Menurutnya, pakej perkahwinan itu bagi meringankan beban rakyat yang sebelum ini terpaksa mengeluarkan belanja agak besar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo