NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lawat Kubur Nik Aziz Kepura-Puraan Tahap "Extreme": Najib



PEKAN - Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menziarahi makam bekas Mursyidul Am Pas, Allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini hanyalah untuk dijadikan modal politik dan meraih undi.

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu juga merupakan tindakan demi meredakan kemarahan masyarakat, khususnya ahli keluarga mereka yang terkorban dalam Peristiwa Memali, ekoran kenyataan Mahathir yang mengatakan ke semua 14 orang itu ‘mati katak’.

Menurutnya lagi, tindakan itu juga merupakan kepura-puraan pada tahap paling dahsyat sekali.

“Kalau dia (Tun M) ikhlas, kenapa tak lawat (makam), selama ini. Kalau dah ikhlas tunggu lepas PRU lah lawat, inilah orang dia kutuk selama ini.. (Dulu) dia kata Nik Abdul Aziz terlalu tua patut berhenti…dia tak sedar Nik Abdul Aziz lagi muda dari dia.

“Lepas itu, yang mati di Memali dia kata mati katak. Itulah yang kesilapan besar dia, sehingga orang dah marah, keluarga dah marah, orang yang mati Memali dihina macam tu sekali,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Gugusan Felda Chini, di sini hari ini.

Pada 3 Mei lepas, Tun Mahathir sewaktu dalam ceramah di Lembah Pantai, dilaporkan sebagai berkata, kesemua 14 mangsa kejadian Peristiwa Memali itu tidak patut dianggap mati syahid, sebaliknya beliau berkata mereka semua ‘mati katak’.

Ucapan itu mengakibatkan kemarahan orang ramai, terutamanya ahli keluarga mangsa, hingga menyebabkan beliau membuat permohonan terbuka keesokan harinya.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo