NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan buka Tabung Harapan Malaysia untuk kutip derma nak bayar hutang negara, dalam masa yang sama nak belanja RM40 juta untuk beli hak penyiaran Piala Dunia?


Kerajaan buka Tabung Harapan Malaysia untuk kutip derma nak bayar hutang negara kononnya.Dalam masa yang sama nak belanja RM40 juta untuk beli hak penyiaran Piala Dunia untuk ditayangkan langsung secara percuma.Kenapa RM40 juta tak digunakan untuk bayar hutang negara?Ini sebab saya cakap, yang mentadbir kerajaan baru sekarang adalah mereka yang buta ekonomi dan kewangan awam seperti saya terangkan baru-baru ini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215848891273210&id=1173231958
oleh: Syahir 


Saya hanya mampu ucapkan tahniah buat semua.

Banyak rakyat Malaysia yang patriotik, cintakan negara ingin membantu kerajaan baru mengurangkan bebanan hutang negara. Ada yang melancarkan website bagi mengutip sumbangan (crowd fund) daripada orang ramai atas tujuan membayar hutang negara.

Ada juga ahli parlimen DAP yang menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk

Walaupun mungkin niat mereka suci dan murni nak membantu kerajaan tetapi ini adalah bukti jelas ketidakfahaman majoriti rakyat Malaysia tentang hutang kerajaan.

Untuk "membantu" kerajaan membayar hutang pertama anda kena tahu dengan siapakah kerajaan berhutang.

Berikut senarai pemilik hutang kerajaan:

KWSP: RM182.3 bilion
KWAP: RM21.9 bilion
Bank Negara: RM8.7 bilion
Institusi Perbankan: RM157.6 bilion
Institusi Kewangan Pembangunan: RM18.4 bilion
Syarikat Insurans: RM30.9 bilion
Pemilik Asing: RM207.5 bilion
Lain-lain: RM59.5 bilion

Jumlah: RM686.8 bilion

Jika anda menyumbang kepada kutipan derma untuk membayar hutang kerajaan, anda sebenarnya membayar diri anda sendiri. Hutang-hutang kerajaan sebenarnya dimiliki anda sendiri melalui KWSP, KWAP, bank-bank, syarikat insurans dan lain-lain.

Dividen, faedah, pencen yang anda dapat sebahagiannya adalah daripada faedah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan.

Institusi-institusi kewangan ini melabur di dalam hutang (bon) kerajaan kerana bon kerajaan adalah aset yang paling selamat dengan jaminan pulangan tanpa risiko. Kerajaan tidak pernah dan hampir pasti tidak akan gagal membayar hutangnya.

Tahniah buat yang menyumbang kepada inisiatif mengurangkan hutang kerajaan. Anda sebenarnya membayar diri anda sendiri. Selepas ini jangan marah jika KWSP dan bank-bank terpaksa melabur di dalam aset-aset yang lebih berisiko dan terdedah kepada naik turun pasaran. Kerana anda yang memilih untuk mengurangkan jumlah aset-aset selamat seperti bon kerajaan.

p.s. Hutang kerajaan bukan macam hutang isi rumah. Baca tulisan saya 2 tahun lepas:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210551448120442&id=1173231958&ref=content_filter

Rujukan: Federal Government Debt, Classification by Holder - Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/…/publication/msb/2018/3/xls/3.1.5.xls
( Hide )
  1. So serius uneducated sungguh rakyat kita sekarang ni. Jiwa mereka suci utk membantu, tetapi hakikat buta ekonomi, pemikiran yg kebelakang, terlalu materialisti dan tiada ilmu akibat malas membaca serta belajar. Ni suatu bala. Benar kata tun abd. Pembanggunan kita bertaraf kelas pertama (ukuran sosial) tetapi pemikiran kelas ketiga.

    ReplyDelete
  2. Pada pemimpin2 dan pengikut2 parti yg kalah (BN & PAS)..cuba2 lah belajar simpati dan saling faham dan membantu
    kerajaan Pakatan Baru..untuk memimpin
    Malaysia..bukan lah satu kerja yg mudah untuk memulakan "hidup baru"..dgn apa yg telah ditinggalkan
    Oleh BN (macam rumah diserang Beruang)..yg lepas udah2 laaa..kalau nak lawan (jatuhkan) kerajaan P.Harapan..kena buat "kerja keras" dari sekarang dlm tempuh 5 tahun baru boleh "berperang"..kitakan Rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  3. Pada pemimpin2 dan pengikut2 parti yg kalah (BN & PAS)..cuba2 lah belajar simpati dan saling faham dan membantu
    kerajaan Pakatan Baru..untuk memimpin
    Malaysia..bukan lah satu kerja yg mudah untuk memulakan "hidup baru"..dgn apa yg telah ditinggalkan
    Oleh BN (macam rumah diserang Beruang)..yg lepas udah2 laaa..kalau nak lawan (jatuhkan) kerajaan P.Harapan..kena buat "kerja keras" dari sekarang dlm tempuh 5 tahun baru boleh "berperang"..kitakan Rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  4. Pada pemimpin2 dan pengikut2 parti yg kalah (BN & PAS)..cuba2 lah belajar simpati dan saling faham dan membantu
    kerajaan Pakatan Baru..untuk memimpin
    Malaysia..bukan lah satu kerja yg mudah untuk memulakan "hidup baru"..dgn apa yg telah ditinggalkan
    Oleh BN (macam rumah diserang Beruang)..yg lepas udah2 laaa..kalau nak lawan (jatuhkan) kerajaan P.Harapan..kena buat "kerja keras" dari sekarang dlm tempuh 5 tahun baru boleh "berperang"..kitakan Rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo