NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Portfolio Exco rombak sedikit


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan penggal ke-14 membuat sedikit perubahan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menantapkan pentadbirannya.

Empat ahli baru diberi peranan menggantikan Exco penggal lepas yang tidak dilantik. Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Selising) dipertanggungjawab ke atas Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.

Adun Kadok, Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti).

Adun Kijang Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan).

Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO)

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar

Dato' Mohd Amar Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti).

Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob (Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan).

Manakala Adun Temangan, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat).

Adun Meranti, Dato' Mohd Nassuruddin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta)

Adun Pengkalan Pasir, Dato' Hanifa Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Usahawan).

Adun Kemahang, Mejar (B) Dato' Dato' Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan).

Adun Demit, Mumtaz Md Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo