NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor: PRU14, Krisis air tidak diselesaikan punca kerajaan Azmin di tolak?



PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbang peruntukan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2005 (Akta 655) dan menilai sama ada perlu dilanjutkan perjanjian penstrukturan air Selangor sekiranya kerajaan negeri itu enggan melakukan proses migrasi sebelum Julai ini. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata ia merupakan dua pilihan terakhir kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan krisis bekalan air dalam usaha menjamin kesejahteraan penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

“Ini adalah dua opsyen jika Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan memuktamadkan skim penstrukutran bekalan air. Jika Mohamed Azmin masih berdegil, kerajaan akan lihat opsyen dari segi perundangan termasuk meneliti semula Akta 655. 

[ads-post]

“Kerajaan Persekutuan perlu menilai perjanjian itu…tindakan ini bagi memastikan semua aset dan pengurusan dikendalikan kerajaan serta memastikan kualiti air yang mampan disediakan kepada rakyat,” katanya semasa diminta mengulas tindakan kerajaan sekiranya kerajaan negeri Selangor enggan melakukan proses migrasi sebelum Julai ini. 

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada warga Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini, hari ini. 

Ongkili berkata krisis air di Selangor dijangka lebih buruk sekiranya kerajaan negeri itu enggan melakukan proses migrasi kepada sistem baharu yang lebih sistematik dalam kerangka Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2007), yang perlu dilaksanakan pada Julai ini. 

Sehingga kini, katanya, kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS), belum menyatakan persetujuan berhubung perbincangan proses migrasi berkenaan yang tertangguh lebih setahun. 

Beliau berkata pertimbangan itu perlu dilaksanakan selepas kerajaan memperuntuk RM6.65 bilion sebagai pemudah cara terhadap usaha penstrukturan semula bekalan air di Selangor selain mengelak risiko pembayaran faedah yang tinggi. 

“Kerajaan Persekutuan melakukan segala-galanya yang perlu dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan polisi bagi memastikan kualiti bekalan air sentiasa mampan dan terjamin bagi negeri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

“Kita hanya menunggu kerajaan negeri Selangor mematuhi semua syarat ditetapkan iaitu menyelesaikan pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan penstrukturan semula industri perkhidmatan air sepenuhnya. 

“Saya harap ada ‘pembeli yang sanggup dan penjual yang sanggup’. Tetapi, sampai sekarang Azmin tidak mahu menawar dan kita menunggu hampir dua tahun tiga bulan. Tiga kali perjanjian ini ditunda. Kami telah memberitahu rakyat Selangor bahawa kerajaan Persekutuan telah membuat segala-galanya termasuk menanggung kos RM17 bilion untuk penstrukturan semula itu. 

“Saya berasa kasihan kepada orang Selangor. Saya, kementerian dan Kabinet sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan kelestarian bekalan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tetapi MB (Mohamed Azmin) melambatkan segala-galanya, dan dia perlu bertanggungjawab untuk krisis air. Saya serahkan kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan yang betul,” katanya. 

Terdahulu, Ongkili dalam ucapan perasmiannya berkata Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 telah mencapai 69.5 peratus dan menelan kos sebanyak RM3.4 bilion. 

Projek tersebut, yang dijangka siap pada tahun hadapan, dapat menambah bekalan sebanyak 1,130 juta liter sehari (mld) bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo