NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Kenyataan khas keluarga Nik Aziz


Daripada Kami Sekeluarga

Insya Allah, bonda kami Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak akan turut berkempen di DUN N06 Chempaka dan Parlimen P020 Pengkalan Chepa bagi memenangkan calon PAS, al Fadhil al Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood dan al Fadhil al Ustaz Ahmad Marzuk bin Shaari.


Bonda asalnya akan hanya menumpukan kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatannya yang sedikit membataskan pergerakannya, selain mengukuhkan lagi pengenalannya bersama jentera PAS dan rakyat di Bachok, tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat PAS di sana.

Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan kepada jentera PAS di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang amat sukar.

Bonda kini memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya yang dalam akibat tembakan yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lepas oleh seorang lelaki bernama Ikram. Dua hari lepas, tembakan itu tepat singgah ke jantung bonda.

Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung oleh bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir lebih 15 tahun lepas apabila salah seorang anaknya di-ISA-kan. Tun dan Ikram itu hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhkan kerajaan Islam negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS.

Oleh kerana kekanda saya al fadhil al ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz belum balik ke rumah bonda, suka saya menasihati dan menyarankan beliau untuk merujuk kepada kisah agung seorang khalifah Islam yang sah dibai'ah oleh umat Islam selepas kematian Yazid bin Muawiyah iaitu al sahabiy al 'Aa'iz bil Bait Abdullah Ibn al Zubair radhiaLlahu anhuma. 

Hayati bait-bait penuh air mata antara beliau dan bondanya Asma' binti Abu Bakar (kakak kepada Ummul Mukminin 'Aisyah binti Abu Bakar) radhiaLlahu anhum saat beliau memohon pandangan dan restu bondanya itu bagi menempuh kemuncak kesukaran di dalam membuat keputusan di sepanjang hidupnya. Ia samada menyerah diri kepada panglima perang Bani Umayyah yang telah berbulan-bulan mengepung ka'abah dan kota Makkah atau terus memerangi bala tentera kejam itu sehinggalah rebah syahid.

Itulah fiqh al sahabiy al jalil di dalam memahami 'peranan seorang ibu di dalam politik dan jihad.'

Ibu adalah menara kehidupan. Jangan bicara pasal ayahanda jika bonda tiada disisi. Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang. Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina..


Berita Berkaitan:
Dasuki Abdul Rani: Ahli keluarga TGNA kekal bersama PAS
( Hide )
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ya allah berikan lah kekalahan kpd PARTI PENUNGGANG AGAMA IAITU PAS dan BN(KLEPTOKRAT)
    demi kesejahteraan AGAMA BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA yg tercinta ini....

    Undi PAS=undi BN
    Undi BN= serahkan khazanah negara dan maruah pada KOMUNIS MERAH TANAH BESAR CHINA.

    SELAMATKAN LAH NEGARAKU YA ALLAH
    AMINNN......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dan parti ku menunggang agama. Setiap batasku adalah batas agamaku.
      Kau ditunggang parti si kafir. Semua TIADA batas.
      Kau pikirlah sendiri...

      Delete
  3. Hang tengok dak lagi menifesto DAP?mana ada sebut pasai mendaulatkan Islam..memang diorang tak suka dengan Islam lama dah..harap2 undi hang pada pihak yang betul..biaq PAS atau BN,janji Islam sudah..

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo