NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Bagi RM90 Juta : Mengarut – Hadi



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan bahawa parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO merupakan satu tuduhan mengarut.

Katanya, tidak mungkin UMNO mahu memberi kepada PAS wang tersebut sedangkan PAS sendiri mahu menentang parti tersebut.


“RM90 juta tu mengarut, kita nak lawan UMNO, boleh pula UMNO bagi kita duit. Saya anggap pihak yang membuat tuduhan tersebut seperti ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Kita telah failkan di mahkamah dan ada tanda-tanda yang kita akan menang,” katanya sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya PAS Pusat di Ampang, Ahad malam.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung di laman Facebook, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.



Sebelum ini Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Tindakan itu susulan laporan Sarawak Report yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik kepemimpinan PAS untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo