NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan RUU355 Terus Maju – Dr Zuhdi Marzuki



Kuala Lumpur: Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) telah ditubuhkan bagi melaksanakan agenda pemerkasaan syariah pasca kelulusan RUU355 agar lebih tersusun kerana ia memerlukan penglibatan pihak-pihak bukan politik, menurut Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata penubuhan JKMMS ini merupakan antara kemajuan besar kepada usaha mendaulatkan syariah dan memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Salah satu kluster di bawah JKMMS ini adalah berkaitan dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dikenali Akta 355 ini.

Oleh yang demikian, anggapan pihak penentang usaha meminda akta ini, bahawa usaha PAS sebelum ini telah gagal amatlah jauh tersasar,” jelas beliau. Menurutnya, usaha PAS membuat pindaan Akta 355 di Parlimen sentiasa berkembang maju.

Sesi seterusnya berkaitan dengan usul pindaan ini ialah perbahasan usul di Parlimen oleh ahli-ahli dewan. Katanya lagi, perbahasan tentang RUU355 ini berkemungkinan besar akan diteruskan pada Sesi Parlimen kali ini yang akan bermula pada Oktober, terutamanya selepas urusan Bajet 2018 selesai.

Berkenaan dengan fitnah yang telah memanipulasi kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Dr Mohd Zuhdi menyifatkan penentang agenda pemerkasaan syariah ini sebagai tertekan dan terdesak.

“Kenyataan yang dibuat oleh Dato Dr Mahfodz tersebut adalah berdasarkan jangkaan PAS, bahawa paling awal kemungkinan parlimen dibubar adalah pada November 2017, sebaik sahaja selepas Bajet 2018 dibentangkan.

Jika jangkaan pembubaran parlimen itu benar-benar berlaku pada November, sememangnya agenda berkaitan pindaan Akta 355 ini oleh PAS perlu dibawa selepas PRU14,” ujar beliau.

Sumber: https://www.menara.my/pindaan-ruu355-terus-maju-dr-zuhdi-marzuki/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo