NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH bakal kalah teruk, Cina jangka PAS kerjasama dengan UMNO?



BIARPUN masih dikenakan hukuman penjara, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap jadi pilihan terbaik untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan baharu.


Bekas timbalan perdana menteri itu dapat undian tertinggi iaitu 38.98 peratus,diikuti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (19.74 peratus); Menteri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (10.42 peratus) ; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (8.75 peratus), Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail (6.26 peratus) dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1.50 peratus).

Manakala bagi BN, 63.61 peratus undian merumuskan tidak ada pemimpin daripada parti pemerintah ini yang dirasakan sesuai untuk memimpin negara. Antara pemimpin BN, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussin mendapat undian tertinggi, iaitu 19.69 peratus manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berada tempat kedua, iaitu 12.15 peratus .

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing peroleh 3.81 peratus dan 0.74 peratus.

Dalam pada itu, ketika ramai pemerhati politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami kekalahan teruk akibat krisis dalaman yang masih berlarutan dalam pakatan pembangkang itu, lain pula hasrat disuarakan melalui undian yang dijalankan akhbar Cina ini.

Hasil undian yang berjumlah 14,602 ini menunjukkan 84.15 peratus pembaca akhbar ini mengharapkan Pakatan Harapan boleh bentuk kerajaan baharu menggantikan BN pada PRU akan datang.

Sementara hanya 6.47 peratus sahaja memilih mengekalkan keadaan seperti yang ada pada hari ini. Terdapat 4.09 peratus mahu melihat BN merampas kembali dua pertiga majoriti dalam parlimen.

Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang sebelum ini menaruh keyakinan bahawa mereka akan kembali mendapat sokongan daripada pengundi Cina pada PRU kali ini. Bagaimana pun, ia tidak dapat digambarkan melalui hasil keputusan kaji selidik ini.

Sebagai bukti, 56.19 peratus berpendapat BN akan kehilangan undi Cina berbanding 20.25 peratus yakin keputusan sebaliknya. Manakala 13.95 peratus percaya keputusan akan sama seperti PRU lalu dan 9.61 peratus pula menyatakan tidak pasti.

Mengenai PAS pula, kebanyakan pengundi Cina mengakui mereka sudah tidak ingin menyokong parti Islam ini lagi, malahan mereka juga tidak boleh menerima parti yang ingin bekerjasama dengan Pas.

Keputusan ini menunjukkan tahap penerimaan pengundi Cina terhadap Pas terbukti sudah menurun berbanding PRU12 dan PRU13.

Dalam dua PRU lalu, Pas peroleh keputusan cemerlang ketika bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Mengenai hala tuju Pas dalam PRU kali ini, kira-kira 46.59 peratus dalam kalangan pembaca akhbar Cina ini yakin Pas akan bekerjasama dengan Umno, manakala 31.79 peratus yakin Pas akan bertanding secara bersendirian. Cuma 3.56 peratus sahaja masih percaya Pas akan terus kekal bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan selebihnya iaitu 18.06 peratus menyatakan keputusan tidak pasti.

Harapan hilang sokongan pengundi Melayu

Punca kegagalan himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan Sabtu lalu adalah disebabkan ketiadaan ahli Pas dan tiada sokongan pengundi Melayu.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Datuk Cheong Sin Woon, biarpun perhimpunan itu dihadiri semua pemimpin utama daripada pakatan pembangkang itu, namun ia masih gagal menarik orang ramai untuk menghadiri perhimpunan yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya itu.

"Sasaran Harapan pada awalnya ialah 100,000 orang. Namun yang datang hanyalah tidak sampai 10,000 orang. Pembangkang sudah hilang tarikan dan sokongan seperti dulu," katanya seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah hadirin yang kecil dalam perhimpunan ini jelas membuktikan kegagalan parti-parti pembangkang yang jelas hanya pandai bermain politik semata-mata.

"Kita dapat lihat dalam perhimpunan ini, ramai penyokong Bersatu tidak datang, begitu juga dengan penyokong-penyokong daripada parti-parti pembangkang yang lain," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/calon-pm-anwar-tetap-jadi-pilihan-1.744362
© all rights reserved
made with by templateszoo