NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor ? - PKR


Sebagai sebuah entiti, kami kini dikenali sebagai Pakatan Harapan(PH). Di Selangor, kita menang sebagai PR - Wan Azizah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak pandangan DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud.

Beliau berkata PR masih wujud di Selangor walaupun sudah dibubarkan di Pulau Pinang oleh DAP.

Kenyataan Azizah itu dilapor media selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bercanggah pendapat berkenaan ‘PR sudah bubar atau masih ada di Selangor’.

“Azmin memenangi mandat sebagai menteri besar dengan majoriti adun,termasuk mereka daripada PAS yang memberi mandat kepadanya.

“Sebagai sebuah entiti, kami kini dikenali sebagai Pakatan Harapan(PH). Di Selangor, kita menang sebagai PR,” katanya dipetik FMT.

Azmin baru-baru ini berkata, PR yang dibubarkan masih hidup dalam kerajaan Selangor kerana ia adalah “mandat rakyat”.

Susulan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP mengingatkan Azmin, PR tidak wujud lagi.

Azmin turut dibidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata,kenyataan Azmin “sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima”.

PR dibentuk pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, sebelum dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian isu hudud antara PAS dan DAP.

DAP kemudiannya bersama PKR dan Amanah – parti serpihan PAS membentuk PH pada 2015. Mac lalu, PPBM menyertai gabungan pembangkang itu.

Walaupun PR dibubarkan, namun PKR terus bekerjasama dengan PAS dalamkerajaan Selangor (AntaraPos) .
© all rights reserved
made with by templateszoo