NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH sokong tindakan Kerajaan Melaka



KENYATAAN AKHBAR
UMMAH
5 Jun 2017 bersamaan 10 Ramadhan 1438

SOKONGAN PENUH TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
MEMBATALKAN PENGANJURAN JERUSALEM JUBILEE (15-18 JUN 2017)


Pada hari ini 5 Jun 2017, UMMAH  yang merupakan gabungan lebih 300 pertubuhan2 Islam, ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka diatas keputusan untuk membatalkan penganjuran majlis Jerusalem Jubilee oleh pertubuhan Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) yang dijadualkan berlangsung pada 15-18 Jun 2017 di kota Melaka.
UMMAH berpandangan majlis tersebut tidak mengambilkira sensitiviti orang Islam serta kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini. Ianya jelas bertentangan atas dasar:                    1) merayakan kejayaan zionis Israel sedangkan Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan negara tersebut; 2) program yang ingin menghidupkan semula perjuangan pengwujudan “Kingdom of Glory” serta “Kingdom of God” dalam konteks evangelis dominion yang pro zionis Israel; 3) gerakan evangelis Kristian sedemikian tidak menghormati prinsip Perlembagaan Negara yang boleh disabitkan dengan Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan Jenayah.
Oleh itu UMMAH ingin memohon agar pihak berkuasa khususnya PDRM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyiasat penganjur, pertubuhan serta penceramah undangan majlis tersebut agar program seumpama ini TIDAK DIADAKAN dimana-mana tempat dinegara ini di masa yang akan datang. Moga penceramah undangan yang terbukti pernah mengeluarkan kenyataan yang menyalahi peraturan TIDAK LAGI dibenar masuk ke negara ini. Kami juga ingin menyeru kepada semua aktivis-aktivis Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, pegawai-pegawai jabatan Agama Islam baik peringkat Negeri mahupun Persekutuan agar bangkit untuk mempertahankan kesucian Agama Islam daripada sebarang bentuk aspek provokasi dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 



HJ AMINUDDIN YAHAYA
Pengerusi UMMAH



Antara gabungan bersama UMMAH: PEMBELA, UMMAT (RUU355), KONGRES RAKYAT, CONCERNED LAWYERS FOR JUSTICE (CLJ).
© all rights reserved
made with by templateszoo