NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

435,882 murid tahun satu mulakan sesi persekolahan 2017

Sesi persekolahan 2017 bermula pada Ahad ini merangkumi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala negeri-negeri lain akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari ini.

PUTRAJAYA 28 Dis. – Sebanyak 435,882 murid tahun satu dan 441,569 pelajar tingkatan satu akan memulakan sesi persekolahan pada 1 dan 3 Januari ini.

Kementerian Pendidikan da­lam ke­nyataannya memaklumkan­, secara ke­seluruhan sebanyak 4,809,170 orang merangkumi murid tahun satu hingga tingkatan enam akan memulakan hari pertama sesi persekolahan 2017.

“Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan turut mengunjurkan enrolmen murid prasekolah di bawah kementerian dijangkakan sebanyak 205,172 orang,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sesi persekolahan yang akan bermula pada Ahad ini merangkumi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Pe­rak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan memulakan sesi persekolahan baharu pada 3 Januari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar berkata, sejumlah 3,534 murid tahun satu mendaftar serentak untuk sesi persekolahan akan datang di 14 buah sekolah di seluruh Putrajaya hari ini.

Katanya, jumlah itu adalah paling tinggi berbanding tahun sebelumnya sehingga menyebabkan beberapa sekolah terpaksa membuka bilik darjah baharu.

Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 101 bilik darjah diwujudkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk sesi kali ini berbanding 79 buah pada sesi sebelumnya.

“Sebelum ini, sebanyak 2,961 murid mendaftar memasuki tahun satu dan untuk sesi hadapan terdapat pertambahan sebanyak 573 murid baharu.

“Sekolah yang mempunyai bila­ngan murid paling ramai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 18 (1) dan SK Putrajaya Pre­sint 5 (1) iaitu sebanyak 388 dan 351 murid,” katanya selepas menghadiri sesi pendaftaran dan orientasi murid tahun satu sesi 2017 SK Putrajaya Presint 16 (1) di sini.

Terdahulu, seramai 229 murid tahun satu SK Putrajaya Presint 16 (1) mene­rima bantuan beg sekolah sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya.


https://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-435-882-murid-tahun-satu-mulakan-sesi-persekolahan-2017-1.425512

Foto hiasan dari skdamansaradamai2


© all rights reserved
made with by templateszoo