NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Johor Kecewa Tindakan Pemimpin Dahulu



Baginda mengibaratkan pemimpin berkenaan yang diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kecewa dengan pemimpin dahulu yang telah meminda Perlembagaan negara untuk kepentingan diri.

Baginda mengibaratkan pemimpin berkenaan seperti "kacang lupakan kulit" kerana pemimpin yang telah diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar sehingga sanggup menghapuskan hak orang yang memberinya kuasa dahulu.

Baginda turut menegur seorang bekas pemimpin negara yang terkenal di dunia yang turut menyertai demonstrasi jalanan.

"Di negeri Johor, saya tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan kerana ia akan mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej yang tidak baik.

"Oleh itu, saya ingatkan kepada semua NGO di Johor dan semua bangsa Johor supaya jangan mengikut budaya yang sesat ini," titah baginda kepada kira-kira 3,000 hadirin yang menghadiri Majlis Himpunan Bangsa Johor di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, hari ini.

Baca selanjutnya di:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1298823

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo