NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syeikh Syu'aib al-Arna'outh Kembali Ke Rahmatullah

Seorang ulama' yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam

Pada pagi yang hening ini, kami menerima berita pemergian seorang alim besar al-'Allamah al-Muhaddis Fadhilat al-Syeikh Syu'aib al-Arna'outh, seorang ulama' hadis yang terkenal di Syria yang berasal daripada Albania. Sumbangan beliau yang amat besar dalam dunia ilmu telah memanfaatkan seluruh umat Islam khususnya dalam bidang pentahqiqan manuskrip dan hadis.

Beliau dikenali sebagai seorang ulama' yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam. Pandangan beliau sentiasa menjadi rujukan dan panduan dalam mendepani permasalahan yang timbul samada dalam bidang keilmuan, mahupun isu semasa.

Antara karya besar yang disunting oleh beliau adalah Siyar A'lam al-Nubala' oleh Imam al-Zahabi (lebih kurang 30 jilid), Musnad Ahmad (50 jilid), Sahih Ibn Hibban (14 jilid). Dalam satu wawancara yang dimuatnaik di Youtube, beliau menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan 40 tahun bagi mengkaji, menyunting dan menghasilkan buku-buku yang sentiasa menjadi rujukan dalam dunia Islam. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Anbiya', syuhada' dan orang-orang yang soleh.

 Ų„نا لله ŁˆŲ„Ł†Ų§ Ų„Ł„ŁŠŁ‡ Ų±Ų§Ų¬Ų¹ŁˆŁ†

 Ų§Ł„لهم اغفر له ŁˆŲ§Ų±Ų­Ł…Ł‡، ŁˆŲ¹Ų§ŁŁ‡ ،واعف عنه ،ŁˆŲ£ŁƒŲ±Ł… نُŲ²ُله ، ووسع Ł…ُدخلهُ ، ŁˆŲ§ŲŗŲ³Ł„Ł‡ بالماؔ ŁˆŲ§Ł„Ų«Ł„Ų¬ ŁˆŲ§Ł„ŲØŲ±ŲÆ ، ŁˆŁ†Ł‚Ł‡ من Ų§Ł„Ų®Ų·Ų§ŁŠŲ§ ŁƒŁ…Ų§ ŁŠŁ†Ł‚Ł‰ Ų§Ł„Ų«ŁˆŲØ Ų§Ł„Ų£ŲØŁŠŲ¶ من الدنس ، ŁˆŲ£ŲØŲÆŁ„Ł‡ ŲÆŲ§Ų±Ų§ً خيراً من داره ، ŁˆŲ£Ł‡Ł„Ų§ً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من Ų²ŁˆŲ¬Ł‡، ŁˆŲ£ŲÆŲ®Ł„Ł‡ الجنة ،ŁˆŲ£Ų¹Ų°Ł‡ من Ų¹Ų°Ų§ŲØ القبر ( ŁˆŁ…Ł† Ų¹Ų°Ų§ŲØ النار )

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo