NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Junko Tabei, Wanita Pertama Daki Gunung Everest, Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

Tabei menjadi wanita pertama Jepun yang menakluki puncak Annapurna III setinggi 7,555 meter di Himalaya pada 1970

Junko Tabei, Wanita Pertama Daki Gunung Everest, Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun

TOKYO, 24 Okt (Bernama) -- Pendaki Pergunungan Alp warga Jepun, Junko Tabei, yang merupakan wanita pertama di dunia menawan puncak Gunung Everest, meninggal dunia akibat kanser peritoneal di sebuah hospital di Kawagoe, Wilayah Saitamare pada Khamis.

Mendiang berusia 77 tahun, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Tabei, yang mula mendaki gunung secara serius selepas menamatkan pengajian di Universiti Wanita Showa di Tokyo pada 1962, menjadi wanita pertama Jepun yang menakluki puncak Annapurna III setinggi 7,555 meter di Himalaya pada 1970
© all rights reserved
made with by templateszoo