NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ini Bajet Negara atau Bajet BN?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terlalu mempromosikan parti Barisan Nasional dalam pembentangan Bajet 2017

Nasrudin Hassan berkata tindakan memaparkan lambang logo BN di skrin besar dalam Parlimen ketika pembentangan Bajet di Dewan Rakyat semalam merupakan satu langkah terdesak.

Jelasnya, beliau kesal dengan tindakan promosi Najib itu dan berharap BN menghormati ahli Parlimen dari sayap Pembangkang.

BAJET 2017: UCAPAN PENUH PM NAJIB

"Logo dacing bukan menggambarkan logo Kerajaan, Ia logo parti. Bajet 2017 bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan.

"Maka tiada sebab kenapa logo dacing (logo BN) di pertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen,"katanya dalam satu kenyataan sebagai reaksi kepada pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat.

Beliau juga berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu bertegas dalam mengawal bahan-bahan yang boleh dipaparkan dalam pembentangan demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat.

"Seharusnya mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen.

"Kalau tidak ianya adalah salah guna kuasa eksekutif ke atas parlimen," tambah beliau.

Nasruddin juga berharap tindakan mempromosikan BN dalam pembentangan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB Perdana Menteri yang membentang bajet pada hari ini.

Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian.

Sikap PAS ini juga berasas Peraturan Dewan 41 (1) (e) _masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli kain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab. Kata Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo