Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH




Selepas dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.

Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.

Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.

Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.

"KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu," kata beliau.

Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.

Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.

Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!

Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.



Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.

Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.

Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.

Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.

Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!

Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.

Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?

Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?

Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.

Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang?Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.

Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.

Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. –
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget