NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

USNO Baru Masih Hidup, Sah Di Sisi undang-Undang





Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau USNO Baru masih hidup, masih wujud dan sah di sisi undang-undang, kata Pengerusi Jawatankuasa Badan Pengelola (JBP) yang baharu dibentuk, Mohd Taib Ulangutan.

JBP itu dibentuk bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengelakkan pertubuhan itu dibatalkan kerana ketiadaan penjaga atau pengelola. 

“Ahli parti berpendapat agar satu badan pengelola disusun untuk menjaga parti agar usaha yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) dan Majlis Tertinggi penaja parti yang berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan semula parti Usno tidak sia-sia. 

“JBP Usno Baru ini disusun khas untuk menjaga pertubuhan dan penyokong serta ahli parti yang sedia ada supaya tidak beralih sokongan dan melompat menganggotai parti lain kerana parti USNO masih wujud,” katanya. 


Katanya pembentukan JBP itu tidak menyalahi Akta Pertubuhan 1966 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6 (2) akta berkenaan. 

Mohd Taib berkata status semasa parti itu masih wujud dan sah dari segi perundangan, tetapi ahli parti dan penyokong setia parti masih menunggu keputusan ROS bagi menentukan siapa di antara tiga orang yang mengaku presiden parti diisytiharkan oleh ROS sebagai orang yang paling berhak untuk memegang presiden parti. 

Untuk rekod, katanya, ketigatiga personaliti itu sudah memberi keterangan kepada ROS pada 12 Oktober 2015 berikutan pergolakan dalam parti. 

Katanya JBP tidak berpihak kepada mana-mana tiga kumpulan itu dan mengambil pendirian akan menyokong sesiapa saja yang diisytiharkan oleh ROS sebagai presiden yang sah. 

Beliau berharap semua anggota dari tiga kumpulan yang terbabit itu dapat bersatu di bawah JBP sementara menunggu keputusan ROS mengenai siapa di antara mereka diisytiharkan sebagai presiden parti.

January 6, 2017

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo