NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu akan lantik ADUN Cina daripada GERAKAN




AYER KEROH: Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju melantik seorang wakil masyarakat Cina daripada GERAKAN sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang akan dimuktamadkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 16 dan 17 November ini.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lantikan itu bagi memastikan komuniti bukan Melayu turut mempunyai perwakilan dalam DUN di negeri itu.

Pengumuman tersebut katanya, dibuat selepas kerajaan negeri mengambil kira keperluan mewujudkan perwakilan kepada komuniti yang tidak mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk masyarakat Cina.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas melalui penelitian dan perbincangan selama beberapa bulan bersama pimpinan serta rakan-rakan dalam kerajaan negeri.

Katanya, proses berkenaan turut dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan seterusnya akan dimuktamadkan menerusi persidangan DUN Terengganu pada 16 dan 17 November ini.

Beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan bagi pelantikan wakil daripada kaum atau gender yang tidak mempunyai perwakilan dalam DUN.

“Jadi kita telah membuat keputusan selepas mempertimbangkan pelbagai perkara dan telah mendapat kelulusan di peringkat MMKN untuk melantik seorang wakil masyarakat Cina daripada GERAKAN sebagai ADUN lantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungan ke Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) Ayer Keroh, Melaka di sini semalam.

Menurutnya, pelantikan itu juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan masyarakat Cina di Terengganu mempunyai ruang perwakilan dan suara dalam urusan pentadbiran negeri.

Beliau turut berharap wakil yang dilantik dapat memainkan peranan mendekati masyarakat pelbagai kaum memandangkan GERAKAN merupakan sebuah parti berbilang kaum.

Katanya, wakil berkenaan diharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta membantu membawa suara komuniti lain dalam usaha memperkukuh hubungan masyarakat berbilang kaum.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, peranan wakil tersebut tidak hanya terhad kepada komuniti Cina semata-mata, sebaliknya turut ditugaskan untuk mendekati kaum-kaum lain d negeri itu.

Beliau berkata, pengumuman tersebut merupakan perkara baharu yang belum pernah diumumkannya di mana-mana sebelum ini. – HARAKAHDAILY 9/11/2026




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo