KOTA BHARU – Pemakluman rasmi berhubung pemilihan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung 22 Jun ini.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, proses tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum persidangan bermula.
Menurutnya, terdapat kekeliruan dalam kalangan sesetengah pihak mengenai kaedah pelantikan Ketua Pembangkang.
“Ketua Pembangkang tidak dilantik oleh parti politik, sebaliknya dipilih dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang memberikan sokongan majoriti kepada seseorang calon.
“Itulah amalan yang digunakan selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Pelancaran Logo Baharu dan Barisan Kejurulatihan Kelantan City FC di sini pada Jumaat.
Beliau mengulas, Hamzah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang ketika dipilih memegang jawatan berkenaan.
Menurutnya, sokongan tersebut turut melibatkan ahli-ahli Parlimen daripada di bawah gabungan itu.
“Kesemua ahli 43 Parlimen Pas menyokong beliau, manakala majoriti 19 ahli Parlimen Bersatu juga memberikan sokongan yang sama.
“Maka atas asas itu beliau menjadi Ketua Pembangkang,” katanya.
Annuar berkata, notis pemakluman kepada Speaker Dewan Rakyat hanya merupakan urusan pentadbiran dan tidak mengubah prinsip pemilihan yang dipersetujui oleh majoriti ahli Parlimen pembangkang.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment