MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak berdepan sebarang keperluan untuk mendesak mana-mana Ahli Exco khususnya Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, meletakkan jawatan.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, desakan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak mencerminkan realiti sebenar pentadbiran kerajaan negeri.
Menurutnya, ketika ini kerajaan terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat.
“Segala spekulasi atau tekanan politik yang tidak berasas hanya akan mengganggu fokus pentadbiran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat mahupun kestabilan negeri.
“Justeru, mana-mana pihak atau parti disarankan tidak membuat sebarang desakan supaya Dr. Akmal melepaskan jawatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Menurutnya, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Dr Akmal telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
“Kerajaan negeri kekal komited untuk mentadbir secara berhemah, berfokus kepada prestasi dan berlandaskan kepentingan rakyat serta tidak akan terpengaruh dengan polemik politik yang bersifat spekulatif,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment