Ketika Setiuasaha Publisiti Kebangsaan DAP Yeo Bee Yin membuat posting di FB nya : "Satu lagi sebab untuk bergembira (to celebrate) hujung tahun ini", dalam mengulas keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum DS Najib Tun Razak, ramai yang sebenarnya sedih dan kecewa.
Saya pasti sahabat-sahabat ahli dan penyokong Umno sedang berduka. Malah ramai juga rakyat Malaysia yang mengenang jasa besar DS Najib juga begitu.
Titah YDP Agong agar DS Najib menjalankan baki tahanannya di rumah, ditolak oleh Hakim MT pagi tadi.
Jangan terperanjat malah ramai ahli dan penyokong PAS juga berduka dengan keputusan ini termasuk saya secara peribadi.
Layak sangatlah dengan jasa dan pengorbanan beliau yang besar kepada negara dan perjuangan ummah, beliau diringankan hukuman dengan ditahan di rumah, bukannya bebas pun macam ada seorang pemimpin lain yang jenayahnya lebih hodoh lagi.
Apapun kita terimalah keputusan mahkamah walau kecewa.
■Semasa ramai mempertikaikan RUU 355, private members bill yang dibawa MP Marang berkaitan usaha memperkasa mahkamah syariah di Malaysia, DS Najib yang ketika itu PM mengarahkan pembentangan itu disegerakan dan diberi laluan walaupun PAS pembangkang.
■Sebelum itu beliau mengizinkan Himpunan RUU 355 diadakan secara aman tanpa gangguan di Padang Merbuk KL malah mengarahkan buat pertama kali Menteri Agama untuk hadir mewakilinya dalam program anjuran PAS itu.
■Beliau PM pertama yang tiba di Gaza ketika PM lain selepasnya hanya berkokok dari jauh. Beliau bersungguh dalam isu Palestin.
■Beliau sepentas dengan Presiden PAS membangkitkan isu penindasan terhadap warga Rohingya.
■Beliau sangat yakin dengan jajaran politik penyatuan ummah melalui MN sehingga terlibat aktif dalam beberapa PRK yang menyaksikan Umno berkerjasama dengan PAS secara terbuka. Banyak kemenagan ketika itu dilaitkan dengan kehadiran beliau.
Saya berpeluang beberapa kali duduk bersama beliau semasa menjalankan tugas parti.
Pernah saya nyatakan pada beliau bahawa perjuangan politik penyatuan ummah ini khasnya menyatukan antara PAS dan Umno bukannya dimulakan beliau, tetapi hakikatnya ia usaha Almarhum ayahanda beliau Tun Abd Razak yang berjaya bawa PAS bersama dalam kerajaan dan kemudiannya membentuk BN.
Apa yang beliau lakukan hari ini (ketika itu) sesungguhnya adalah menyambung legasi yang diusahakan ayahandanya.
Ternyata Almarhum dan beliau merupakan pemimpin Melayu ulung yang berpandangan jauh dan teguh jiwa Melayunya.
Siapa tidak sedih jika DS Najib diperlakukan begini.
Semoga api perjuangan menobatkan politik penyatuan ummah yang dinyalakan Almarhum Tun dan disambung anakandanya DS Najib akan kita, anak-anak bangsa angkat bersama dan jayakan.
Kalau DAP bergembira, kita yang yang punya harga diri ayuh ketepikan perbezaan dan bangkit bersatu membela maruah bersama.
Tak Melayu hilang di dunia.
Biar insiden sedih ini menyalakan api perjuangan penyatuan ummah yang tidak akan padam sampai bila-bila.

No comments
Post a Comment