Tempoh akhir itu untuk membincangkan kaedah pembayaran hasil keuntungan sebanyak 30 peratus tanah milik kerajaan negeri diterokai sejak 40 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Datuk Dr Azman Ibrahim, berkata kerajaan akan bertindak mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan FGV di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar.
Katanya, kerajaan sudah menghantar surat peringatan terakhir ditandatangani Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta ditujukan kepada Pengurus Besar FELDA, Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman, kelmarin.
"Kita sudah memberi ruang secukupnya kepada FELDA untuk memberi maklum balas tuntutan hasil keputusan mesyuarat yang diadakan pada awal bulan lalu.
"Kerajaan hanya menuntut 30 peratus daripada keuntungan hasil ladang dibangunkan FELDA di empat daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang dan Setiu sejak 1985," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (JABI) ketika persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) Khamis lalu menegaskan FELDA gagal menjelaskan bayaran hasil keuntungan dianggarkan kira-kira RM600 juta termasuk cukai, premium dan keuntungan perkongsian, selepas meneroka tanah sejak 40 tahun lalu.
Mengulas lanjut, Dr Azman mengakui menyiarkan surat peringatan terakhir kepada FELDA melalui Facebook bagi memastikan semua pihak mengetahui bahawa kerajaan negeri sudah memberi ruang secukupnya kepada FELDA untuk memberikan maklum balas.
"Kita siarkan surat berkenaan supaya ramai menjadi saksi bahawa kerajaan negeri sudah memberikan peringatan.
"Kita tegaskan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, atas kesalahan menceroboh tanah milik kerajaan, jika tiada sebarang kata putus diterima sebelum Sabtu depan (29 November)," katanya.
Dr Azman berkata, tindakan penyitaan tanah yang diusahakan FGV dengan tanaman kelapa sawit akan dilakukan selepas notis larangan pencerobohan dikeluarkan Sabtu depan.
"Kita tidak menzalimi atau cuba bergaduh dengan sesiapa dalam penyelesaian isu pemilikan tanah FELDA di Terengganu.
"Tindakan termasuk menuntut bayaran hasil keuntungan sebanyak 30 peratus yang tertunggak sejak 40 tahun dilakukan sebagai memenuhi hak rakyat dan negeri," katanya.
Sumber | Bharian

Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru