NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setpol PMX disiasat, Anwar didesak letak jawatan — PAS

KUALA LUMPUR, 26 Nov: PAS mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tanggungjawab penuh berhubung pendedahan skandal rasuah melibatkan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, yang kini meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata peletakan jawatan pegawai terbabit tidak memadai kerana isu integriti itu menyentuh pejabat tertinggi negara.

“Kalau wang ratusan ribu boleh sampai kepada orang kanan Perdana Menteri, mustahil ia tidak menyentuh kepimpinan tertinggi. Jika Setpol terlibat, adakah PMX sendiri tidak terkesan?” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak segera memandangkan dakwaan tersebut antara yang paling serius pernah melibatkan pegawai kanan Perdana Menteri.

Beliau turut merujuk kenyataan terdahulu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang dalam satu podcast mendakwa sudah beberapa kali memberi amaran kepada Anwar mengenai isu berkaitan pegawai tersebut.

“PMX sendiri mengakui telah dimaklumkan, tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Isu PRN Sabah

Mengulas perkembangan politik Sabah, Ahmad Fadhli menasihati pengundi agar tidak terpengaruh dengan naratif kerajaan pusat menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

Katanya, pendedahan skandal itu menunjukkan kegagalan pentadbiran Kerajaan Madani dan rakyat wajar mempertimbangkan PERIKATAN NASIONAL (PN) sebagai alternatif.

Dakwaan RM629,000

Dakwaan itu timbul selepas ahli perniagaan Albert Tei mendakwa menyerahkan RM629,000 kepada Shamsul, kononnya sebagai jaminan untuk mendapatkan kembali dana yang disalurkan kepada beberapa ahli politik di Sabah.

Beliau dikatakan memiliki lebih 300 halaman dokumen termasuk tangkap layar WhatsApp dan resit pembayaran bagi menyokong dakwaannya. Dana berkenaan didakwa digunakan untuk pengubahsuaian dan pembelian perabot dua hartanah di Bangsar serta sebuah kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.

Susulan dakwaan itu, Shamsul mengumumkan peletakan jawatan melalui hantaran di X, dengan alasan mahu membersihkan namanya dan menjaga imej kerajaan.

1Media

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo