NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: PBRS rahsiakan sasaran kerusi, mungkin tanding di DUN Melalap?



KOTA KINABALU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masih dalam proses rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Proses rundingan itu termasuk kerusi yang mungkin ditandingi termasuk di DUN Melalap yang akan dikosongkan selepas penyandangnya, Datuk Peter Anthony hilang kelayakan mempertahankan kerusinya susulan hukuman penjara yang sedang dijalani ketika ini.

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kekosongan itu tetap akan berlaku memandangkan Sabah dalam fasa menuju ke PRN.

"Kekosongan kerusi itu kita serahkan kepada Speaker DUN untuk membuat keputusan, berdasarkan keputusan mahkamah dan juga Perlembagaan Negeri Sabah.

"Sebagai parti kumpulan dalam BN memang kita sedang berbincang dengan peringkat kepimpinan parti di mana-mana yang sesuai untuk parti kumpulan meletakkan calon," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Sabah di Pasar Tani Asia City, di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Arthur diminta mengulas jika PBRS berhasrat untuk merebut kerusi DUN Melalap yang kemungkinan berlaku kekosongan dalam tempoh 14 hari bermula Selasa lalu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pensiangan itu masih merahsiakan sasaran kerusi yang ingin ditandingi PBRS memandangkan masih berada dalam peringkat rundingan.

"Perbincangan sedang berjalan, belum ada keputusan yang utama. Itu (sasaran kerusi) masih belum diputuskan juga.

"Angkanya berubah-ubah sekarang, susah mahu cakap. Belum ada keputusan. Satu negeri Sabah akan menjadi 'hotspot' dan semua 73 kerusi akan menjadi rebutan," katanya.

Sementara itu, ditanya pandangan beliau berhubung Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat cenderung untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat Sabah untuk PRN kali ini, Arthur menegaskan bahawa PBRS mempunyai pendiriannya sendiri iaitu mahu mengutamakan kestabilan politik di negeri ini.

"Kita punya pendirian sentiasa konsisten dari awal iaitu kita dapat merasa nadi rakyat, bahawa rakyat sudah muak dengan ketidakstabilan politik sejak penggal yang lalu.

"Jadi bagi PBRS, kita ingin melihat satu formula untuk memastikan kerajaan yang stabil supaya kita boleh bekerjasama dan membangunkan negeri Sabah.

"Kita bersedia bekerjasama dengan sesiapa dengan keputusan BN, yang penting kita sangat inginkan kestabilan politik di Sabah, itu adalah keutamaan kita," katanya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo